Hari pertama kuliah kelas authoring system. 12 orang pelajar sahaja. 9 orang Malaysia dan 3 pelajar dari luar negara. Sangat teruja kerana pensyarahnya sangat baik dan comel.
Secara umumnya kelas hari ini lebih kepada pengenalan. Terima kasih Dr Zaidatun kerana memberikan handout berkaitan silibus dan aktiviti sepanjang satu semester mendalami ilmu authoring sistem.
Flash dan dreamweaver...
Pernah belajar 7 tahun yang lalu masa di Maktab Perguruan Batu Rakit, Kuala Trengganu. Masalahnya, habis je KPLI terus tak menjengah software tu lagi... Harap cepatlah dapat refresh ilmu tu.Dr Zaidatun terangkan tentang kaedah pembelajaran yang akan beliau gunakan. Alhamdulillah... guna elearning. Canggih betul sistem pendidikan UTM sekarang... Syukurlah Allah temukan dengan Dr Zaidatun... kalau tak tak dapat belajar ilmu macam ni... walaupun hanya fardhu kifayah... harap dapat banyak saham kat akhirat nanti...