Assalamualaikum...

Thursday, 26 April 2012

Kelas Minggu ke sepuluh (26 April 2012)

Salam...
Mula belajar Flash dengan Cik Nurul Farhana... alhamdulillah... muda lagi adik ni dah buat PHD... Kami di kehendaki menjawab beberapa soalan berkaitan flash... ada pra dan post test... Selalu buat kat anak murid... hari ni, merasa lah pula... Antara yang disoal ialah penggunaan Text Tools di dalam Flash...Beza antara fungsi pencil tool dgn brush tool... 


Seronok kerana mula belajar guna Ipad. Tak pernah pun guna... walau pun share dgn Halizah... ok le tu...
Kami mula explore Flash guna Ipad... di dalam nya telah tersedia nota tentang flash. Antaranya interface, application of flash dan types of interaction di dalam flash

Kita boleh gunakan flash untuk buat : 

1) web banner
2) animation (tak nak gerak pula kambing ni)

3) games 
4) courseware

Antara interaksi yang boleh diimplemen di dalam pembinaan courseware yang menggunakan Flash ialah...
- Button and Hotspot
- Text 
- Drag & drop function...


Terjumpa satu directory yang ajar flash dari awal... bagusnya... skrg ni nak baca buku memang tak sempat... so, kalau nak belajar dari youtube... boleh saja... tapi pastikan tugas hakiki di sekolah dan rumah telah selesai dgn sempurna. Then buka dua komputer... belajar lah dari youtube tu...

A beginner tutorial on creating a simple banner ad in Flash CS5
http://www.danscourses.com/

 So, selamat bergembira belajar Flash guna Ipad...


 

Thursday, 19 April 2012

Kelas Minggu ke 9 (19 April 2012)

Salam...
Belajar buat online questionaire...
Bagus.  Sedang cuba menyiapkan untuk latihan...
May be masa buat projek nanti boleh guna...
Antara contoh questionaire di web pages...

Agak sibuk minggu ini... Alhamdulillah Dr Zaida tambah masa untuk siapkan tugasan 1.
Hantar pada 11 Mei... Ya Allah... bantulah hambamu ini...

Thursday, 5 April 2012

Kelas Authoring Kali Ke 7 (5 April 2012)


Salam Authoring System...

Jumpa lagi untuk belajar membina Aplikasi Pengurusan dan Penyelenggaraan Halaman Web.

Alhamdulillah latihan yang Dr Zaida beri minggu lepas dapat dibuat dengan jayanya...
Maka hari ini bolehlah belajar dengan bersemangat...

Sebelum ni belajar tentang masuk data, papar data, semak login dan security untuk web pages...
Hari ini menyambung aktiviti mengurus halaman web... .

Dari bahan kuliah yang dibina minggu lepas, ia digunakan untuk diubahsuai... dipadam... dicari... dan dipapar semula...

Setiap fail dibina dua kali kerana ada kesinambungan antara setiap fail... Awalnya agak susah... Terutamanya bila dah masuk server behavior... agak pening nak memaham... kena buat 5 kali baru faham... kesian-kesian... Tadi masa buat kat lab... tak boleh function pun... nak kena buat semula weekend ni... Insyaallah... cukupkan masaku Ya Allah...