Assalamualaikum...

Thursday, 1 March 2012

Kelas Authoring System kali kedua (1 Mac 2012)

Hari ini Dr ajar tentang Introduction to web based development, Multimedia programming vs Multimedia Authoring dan Standalone Application & Web.

Sedikit penerangan tentang evolusi pembangunan Web.

Web 1.0 (push) (1990-2000) - pushed web, text/graphics based, flash using HTMl, portals, website

Web 2.0 (share ) (2000-2010) - two way web, blogs, wikis, video, podcasts, sharing, personal publishing 2D portals and social networks

Web 3.0 (share and have personal)(2010 - 2020) - portable personal web, focused on the individual lifestream, widgets, drag and drop mashups, iGoogle ( personal search engine), NetVibes, advertainment, Semantic Database

Web 4.0 (2020 - 2030) - Intelligent personal agents
-Intelligent agents in artificial intelligence are closely related to agents in economics, and versions of the intelligent agent paradigm are studied in cognitive science, ethics, the philosophy of practical reason, as well as in many interdisciplinary socio-cognitive modeling and computer social simulations.


Jam kedua kuliah, saya belajar membina website menggunakan Adobe Dreamweaver CS3. Terima kasih pada sahabatku Fadlee yang tolong installkan software ni Isnin lepas, thanks juga  pada anak murid, Azmi yang tolong ajar Teacher Masni guna software ni... Tak sangka pula anak murid teacher lebih dulu kenal software ni...

 

Untuk membina web site, kita sebenarnya mempunyai banyak software pilihan. Tetapi setiap software adakalanya memerlukan ruang penyimpanan yang berbeza. Contohnya jika kita buat satu web kosong menggunakan Adobe Dreamweaver dan  Microsoft Front page saiz fail hanya 1KB. Tetapi  jika Microsoft  Words digunakan sebagai sebagai, saiz failnya ialah 21KB. 

Bagi menghasilkan web pages yang lebih tersusun, Dr Zaidatun galakkan penggunaan jadual dalam menyusun letak rekaan. Konsepnya sama seperti gunakan table di dalam Words. Baguslah... tak le pening sangat nak design web. Dan satu perkara yang paling menyeronokkan, Dr Zaidatun membenarkan penggunaan templete milik orang lain jika kita berminat dengan template tersebut... Tapi, kenalah pandai ubahsuai supaya tak le ketara sangat 'cetak rompaknya'...

Setakat hari ini... alhamdulillah... Saya semakin dapat mengikuti kelas ini dengan baik. Dah jumpa beberapa pakar rujuk yang boleh membantu. Rasanya kawan-kawan lain pun macam tu.

Minggu depan, Dr Zaidatun nak tengok web pages yang telah siap. Saya akan cuba buat web tentang Sains tingkatan 1. Harap dapat buat dengan jayanya... nanti boleh guna dalam pdp kat sekolah... Oh Allah permudahkan urusan hambamu ini... Amin.


Thursday, 23 February 2012

Kelas Authoring System kali pertama (23 Feb 2012)

Salam...
Hari pertama kuliah kelas authoring system. 12 orang pelajar sahaja. 9 orang Malaysia dan 3 pelajar dari luar negara. Sangat teruja kerana pensyarahnya sangat baik dan comel.
Secara umumnya kelas hari ini lebih kepada pengenalan. Terima kasih Dr Zaidatun kerana memberikan handout berkaitan silibus dan aktiviti sepanjang satu semester mendalami ilmu authoring sistem.

Flash dan dreamweaver..
Pernah belajar 7 tahun yang lalu masa di Maktab Perguruan Batu Rakit, Kuala Trengganu. Masalahnya, habis je KPLI terus tak menjengah software tu lagi... Harap cepatlah dapat refresh ilmu tu.
Dr Zaidatun terangkan tentang kaedah pembelajaran yang akan beliau gunakan. Alhamdulillah... guna elearning. Canggih betul sistem pendidikan UTM sekarang... Syukurlah Allah temukan dengan Dr Zaidatun... kalau tak tak dapat belajar ilmu macam ni... walaupun hanya fardhu kifayah... harap dapat banyak saham kat akhirat nanti...

Sebelum hari kuliah kedua, mesti dah refresh dreamweaver di minda... nak kena cari software dreamweaver cepat ni...