Assalamualaikum...

Thursday, 29 March 2012

Kelas Authoring System kali ke enam (29 Mac 2012)

Salam...
Ulangkaji untuk langkah-langkah memulakan XAMPP.

1- Testing server - XAMPP - on / set security
masuk kan semula fail dalam xampp sebelum buat site baru...
database dalam mysql,
2-Setting database dalam MySQL
3-Create site in Dreamweaver
4-Create connection from database SQL
5- Create form in Dreamweaver - php file for input, register, view... or any web page related to website...

Hari ni saya belajar cara untuk menetapkan security di dalam web pages... masih lagi membuat antara muka pengguna tentang pendaftaran... pada bahagian username dan password, ditetapkan satu kawalan pada User Authentication. Antara kawalan yang diwujudkan ialah menyemak username baru. Sekiranya username itu telah digunakan, maka pengguna diminta memilih username yang lain.

Saya juga belajar tentang menetapkan paras capaian sekiranya terdapat beberapa orang admin dalam satu webpages. Admin utama boleh membuat papar, capai, edit dan hapus data. Admin yang kedua dan seterusnya hanya boleh memapar dan mencapai data.

Kami diarahkan membuat satu tugasan yang melibatkan security dan paras capaian admin. Berikut adalah antara muka yang telah digunakan untuk satu sistem mini e-learning.

1) Paparan Muka Hadapan Pengguna


2) Paparan Login Murid

3) Paparan semak ID Pengguna
  
4) Paparan untuk pelajar daftar sebagai ahli.
Di fail PHP ini, saya telah menetapkan satu kawalan untuk memastikan ID Pengguna tidak berulang.
User Authentication, Check New Username.
 

5) Paparan jika ID Pengguna telah wujud


6) Paparan jika pelajar telah berjaya daftar dan login.

Sekiranya pelajar telah berjaya login, maka pelajar dibenarkan membaca nota yang disediakan oleh guru. Selesai membaca nota, pelajar dikehendaki menjawab kuiz sebagai tugasan. Kuiz ini mengandungi 5 soalan objektif.
7) Paparan Nota 

8) Paparan Kuiz

Selesai menjawab kuiz, pelajar boleh menghantar tugasan dan logout dari web pages.
 

Tuesday, 27 March 2012

My SQL

MySQL

Dirujuk daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Logo MySQL

MySQL ialah sebuah sistem pengurusan pangkalan data berkeupayaan tinggi yang berkaitan dengan laman web serta pembangunan dan penggunaan aplikasi perniagaan. MySQL memaksimumkan kelajuan, kestabilan dan kepenggunaan, di samping mengurangkan kos pangkalan data sehingga 90%. MySQL terdapat dalam kesemua Linux distributions di samping sistem pengoperasian UNIX, Mac OS X dan Microsoft Windows.

MySQL AB bertanggungjawab membangunkan dan menjual pelbagai pelayan dan aplikasi yang berkeupayaan tinggi dan harga berpatutan yang berkaitan dengan pelbagai jenis pangkalan data. Produk syarikat tersebut yang terkemuka adalah MySQL, pangkalan data sumber terbuka yang terkenal di seluruh dunia, yang telah mencecah sehingga 4 juta pemasangan. Banyak organisasi terkemuka di dunia, termasuklah Yahoo!, Sabre Holdings, Cox Communications, The Associated Press dan NASA, memilih MySQL untuk digunakan di laman Web, aplikasi perniagaan dan perisian mereka. MySQL AB adalah generasi kedua syarikat sumber terbuka, menawarkan dwilesen yang menyokong sumber terbuka dan metodologi nya dalam bentuk perniagaan yang menguntungkan dan mampu bertahan lama.

Pangkalan data MySQL telah menjadi pangkalan data sumber terbuka yang paling popular di seluruh dunia kerana keupayaannya yang konsisten, stabil, dan mudah untuk digunakan. Ia digunakan dalam lebih daripada 8 juta pemasangan dalam organisasi besar sehinggalah aplkikasi khas yang rumit bagi setiap benua di dunia. (Ya, termasuklah benua Antartika!)
Bukan sahaja MySQL adalah pangkalan data nombor satu dunia, malahan ia menjadi pilihan bagi aplikasi generasi baru yang dibina berasaskan seni bina LAMP. MySQL dijalankan di atas lebih daripada 20 platform termasuklah Linux, Windows, OS/X, HP-UX, AIX, Netware, memberikan fleksibiliti yang memudahkan pengguna mengawal penggunaannya.

Thursday, 22 March 2012

Kelas Authoring System kali ke 5(22 Mac 2012)

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Minggu ni belajar bina website menggunakan PHP pula...
Untuk memulakan semua itu... kami mendownload installer XAMP dari e-learning  kelas Authoring System... Thanks Dr Zaida..
Server IIS perlu dimatikan dahulu untuk mengelakkan konflik semasa nak buat connection kepada database...
Seterusnya kami install ke dalam lap top dan PC masing-masing.

Install dan run...
First... belajar bina database sql di xamp...
Taipkan localhost pada ruangan url dan enter...

Masukkan maklumat diperlukan... seterusnya bina database

Mysql membenarkan pengguna membina banyak table dalam satu database... maka masalah database connection dapat dikurangkan...

Apabila database siap dibina, maka web pages berformat php boleh mula dibina di Dreamweaver...
Empat fail php diperlukan bagi melengkapkan website. Fail yang dibina ialah login page, register page, input page dan view comment page.

Storyboard untuk website hari ini...

1- Pengguna login 
2- Jika pengguna telah berdaftar, layak ke menu input
3- Jika pengguna tidak berdaftar, isikan maklumat di dalam form register seperti  nama, email, website dan mesej.
4- Jika berjaya, maka pengguna boleh memasuki website, maka pengguna boleh memberi maklumat diri dan komen kepada admin.

Berikut adalah antara hasilnya...


a) Paparan untuk Login Pengguna:


b)Paparan apabila pengguna telah mendaftar:

c) Paparan apabila pengguna belum mendaftar sebagai ahli:

d)Paparan untuk melihat mesej dari pengguna berdaftar:


Kemudian Dr Zaida tunjukkan cara, bagaimana nak jadikan web page lebih selamat... Caranya setting security pada web page... dengan cara ini, tiada pengguna yang boleh masuk ke web page tanpa melalui menu login...

Alhamdulillah... php tiada masalah, sql juga mudah digunakan...kurang errornya... cuma bila saya nak masukkan ia di dalam windows 7... ada error port 80.... Mungkin ada bhgn yang perlu disetting semula...

* Penyelesaian... setting localhost/mysql dan skype ditutup sementara waktu...

Minggu ini agak sibuk... tugasan, kerja di sekolah dan urusan peribadi. Namun... syukur Allah sentiasa ada memberi pedoman dan bantuan...
Thanks Allah... Thanks Dr Zaida... juga my best friends Halizah and Fadlee...

Harapan agar semuanya berjalan lancar... ilmu authoring system dapat dikuasai...

Jumpa minggu depan...

Thursday, 15 March 2012

Kelas Authoring System kali ke 4 (15 Mac 2012)

15 Mac 2012, Khamis
Salam...
Hari ini penuh haru biru... belajar sangat banyak hingga akhirnya pening...

Dr Zaidatun memulakan kelas dengan mengajar kami cara-cara:

Aktiviti 1 : menginstallkan IIS di dalam lap top masing-masing... Alhamdulillah berjaya.
Aktiviti 2 : Kemudian kami di ajar membina site untuk website di dalam DW... Alhamdulillah berjaya juga.
Aktiviti 3 : Membina pangkalan data di dalam Ms Access... Masih berjaya... Alhamdulillah
Aktiviti 4 : Setup the connection between ASP pages and Database from Access.... Aduh...ralat mula hadir... 


Tak pasti kenapa database yang dibina tidak dijumpai oleh server. Maka keluarlah ralat 405.


 Tak berjaya buat... macam mana ni...dah dekat 10 kali buat, errornya tetap sama...

Aktiviti 5 : Setup the Contact form- kami dikehendaki membina satu fail input ASP VBScript untuk memasukkan maklumat di dalam pangkalan data (input.asp) dan bina satu lagi fail output untuk memanggil semula data yang telah disimpan di dalam pangkalan data (output.asp).

Buat form tiada masalah... masalah hadir bila nak ambil semula data pengguna . Langkah 4 tidak dapat diikuti.. maka kita study sendiri

(Jumaat, Sabtu dan Ahad)
Beberapa hari menghadap perkara yang sama... masih tak berjaya.


Isnin, 19 Mac 2012
Cuba jumpa dengan En Ali... Juru Teknik di Makmal Interaktif...
Menurut En Ali, Windows XP adalah OS yang paling sesuai untuk DW CSS3. Kalau guna Windows 7 Home Premium... memang ada masalah... Oh sedihnya... Tak kan nak format lap top jadi Windows XP pula...

So, guna plan B... Esok nak bawa lap top lama... format jadi Windows XP Pro... Harap lap top tu masih boleh digunakan walau pun baterinya dah tak boleh menyimpan tenaga... Oh Allah... Bantulah hambamu ini...

Hari ini Selasa 20 Mac 2012
Pagi-pagi lagi saya dan Fadlee dah ke Dewan Jubli Intan Kota Tinggi untuk mendengar taklimat sebagai Kerani Pengundi. Ikut tentatif, taklimat akan tamat pada jam 430 petang. Di sekolah tadi sempat jumpa Encik Jasni untuk pinjam lap top sekolah... Alhamdulillah... sebagai guru sains dan matematik, kami dibenarkan pinjam lap top sekolah...Atas permintaan saya,  Cikgu Jasni yang baik itu telah memformatkan satu lap top supaya OSnya menjadi Windows XP Pro... Kemudian pada jam 300 petang beliau telah hantarkan  lap top itu pada saya untuk diinstallkan pula dengan DW CSS3.

Tepat jam 1624, taklimat SPR selesai... Tadi sempat janji dengan Fadlee dan Halizah untuk jumpa di MC Donalds... So, kami terus ke sana... Buka lap top dan install... Ambik masa dua jam juga... Adik McD tu tengok je... sorry lah dik... kami ke sini sebab nak aircond and wifi je... sampai lupa nak order apa-apa... Jam 1803... bergegas pulang... Alhamdulillah... siap installl semuanya. Tak try pun boleh guna atau tidak...

Lepas maghrib... on lap top semula... cuba ikut setiap arahan yang ada dalam nota Dr Zaidatun... Ya Allah... Berjaya... Alhamdulillah...Senyum sampai telinga... Akhirnya... dapat juga selesaikan masalah ini... Thanks cikgu Jas... Sebab cd Win XP cikgu amat berguna... Thanks Fadlee... walaupun tadi penat dgr taklimat... terus hilang semua kepenatan itu... Ini buktinya...

Interface untuk input.asp

Data dimasukkan oleh pengguna

Paparan untuk output.asp

Alhamdulillah... dengan izinnya berjaya juga. Tenang sedikit setelah assignment ini selesai disiapkan.


Wednesday, 14 March 2012

ASP vs PHP

ASP vs PHP

  • ASP and PHP are both programming languages that are commonly used to create websites. 
  • ASP and PHP websites are more dynamic and allow users to interact and exchange information using the website's database.

Active Server Pages (ASP)
Difference
Hypertext Preprocessor (PHP)
Using syntax and interface of Visual Basic
Programming languages
Using C or  C++
Windows
Operating System
Linux, Unix, Solaris, Windows
IIS (Internet Information Server)
Server
Apache
MS-SQL, Ms Access
Database
MySQL
Need to buy
Tools
Open source software, free
Run in overhead server and COM based architecture
Looding speed
Run much quicker in own memory

If  we want to use PHP, we must install WAMP or XAMPP in our computer.

WAMP is an acronym for W =Windows, A= Apache, M=MySQL, P=PHP
It is free from Internet at URL  : http://www.wampserver.com/en/download.php

XAMPP is an acronym for X= cross platform, A=Apache, M = MySQL, P=PHP and P=Perl


Bahan nya telah diberi oleh Dr Zaidatun pada kelas minggu ketiga. So, balik study dan cuba buat perbandingan antara ASP dan PHP. Kedua-dua bahasa pengatucaraan untuk buat web ni ada kelebihan, pilihan ada di tangan pembina web...So, teruskan belajar.

Thursday, 8 March 2012

Kelas Authoring System kali ketiga (8 March 2012)


Kelas untuk hari ketiga...
Today we have learn about how to make hyperlink.
4 types of hyperlink that we can insert in web development.
1) html file to other html file
2) html file to other homepage
3) different location within a html file (use anchor) - biasanya maklumat terletak dalam satu mukasurat tapi kedudukan berbeza iaitu mungkin di atas atau di bawah.
4) html to email -

Dr Zaidatun terangkan bagaimana nak buat pengurusan fail dengan lebih sistematik. Tujuannya adalah supaya jika ada perubahan, mudah dilaksanakan dan jika ada org lain yang ingin lakukan perubahan (admin baru) ... proses pemahaman akan jadi lebih mudah.

Fail html utama bagi setiap folder perlu dinamakan sebagai index, main atau default.
Hyperlink page perlu dibuat berhati-hati mengikut di mana kedudukan fail tersebut bagi mengelakkan komplikasi kedudukan fail. Terutama jika nama fail diubah, hyperlink akan terganggu. Maka link perlu dibuat semula.
Jangan ubah nama fail pada window explorer... krn akan menyebabkan broken link.
Lakukan pada site yang terdapat pada dreamweaver.

Gunakan hotspot untuk buat hyperlink, sesuatu yg menarik kerana kita boleh pilih bahagian mana yang boleh di link atau tidak boleh.

Kemudian, kami juga di ajar cara untuk menggunakan site. Untuk akt hari ini, kami hanya gunakan site yg sedia ada dalam Dreamweaver.

Static webpage - boleh disimpan di mana-mana dalam storan komputer
Dynamic page - mesti save dalam testing server seperti ISS Inetpub
                           jika guna fail asp - ISS - MSAccess related to Windows
                           jika guna fail php - Apache - MySQL related to Linux or Unix

Kemudian, Dr Zaidatun berikan beberapa handout tentang ASP dan PHP.  Ambik masa juga nak memahamkan kedua coding ni. Setelah dibaca dan dikaji... rasanya lebih mudah guna PHP untuk membangunkan web site. Kata Dr Zaidatun... PHP lebih mudah untuk dikendalikan... Next week baru nak belahar kedua bahasa coding ini... excited tu...

Hari Isnin, gi PSZ... nak cari buka tentang Dreamweaver dan PHP... PHP tak jumpa... tapi buku Dreamweaver dah jumpa... harap dalam masa sebulan ni, dapatlah memantapkan ilmu Dreamweaver...


Halizah my best partner ada bagi sedikit maklumat tentang XAMP dan PHP.
Posted: 27 Feb 2012 05:21 PM PST
Jika anda ingin belajar PHP, cara paling mudah untuk bermula adalah dengan memasang XAMPP. XAMPP merupakan pakej Apache beserta komponen seperti MySQL dan PHP. Biasanya anda perlu memasang komponen-komponen tersebut satu-persatu, namun dengan XAMPP semuanya tersedia dengan satu pemasangan sahaja.
Dengan XAMPP, anda juga boleh memasang WordPress, Joomla, ataupun Drupal pada komputer anda. Ia berguna jika anda ingin menguji laman web pada komputer anda terlebih dahulu sebelum melancarkannya pada URL yang sebenar di Internet. 
Hanya muat-turun XAMPP (pilih Installer) dan pasang seperti biasa. Apabila siap dipasang, mulakan XAMPP Control Panel dan tekan butang Start pada Apache dan MySQL untuk memulakan pelayan Apache anda.
Buka pelayar web anda dan pergi ke http://localhost. Ta-da! Anda akan dipersembahkan dengan laman web XAMPP yang telah tersedia.
Segala fail laman web terletak dalam folder xampp/htdocs. Anda boleh membuang fail-fail ini dan menggantikannya dengan pemasangan WordPress, Joomla, Drupal dan sebagainya.
Sebagai contoh, jika anda ingin memasang WordPress pada pelayan komputer anda, muat-turun WordPress dan extract ia ke dalam folder htdocs. Kemudian anda sudah boleh memulakan pemasangan WordPress di http://localhost/wordpress.

Terdapat banyak sumber untuk belajar PHP dan MySQL seperti w3schools dan tizag.
Lepas ni nak kena explore banyak lagi... semakin seronok pula belajar Authoring System... harap ilmu ini dapat dimanfaatkan selagi hayat dikandung badan.

Next week kami akan belajar cara nak masukkan audio dalam dreamweaver, coding ASP dan PHP serta menginstallkan IIS di dalam lap top sendiri sebagai server... 
Jumpa next week.