Assalamualaikum...

Thursday, 8 March 2012

Kelas Authoring System kali ketiga (8 March 2012)


Kelas untuk hari ketiga...
Today we have learn about how to make hyperlink.
4 types of hyperlink that we can insert in web development.
1) html file to other html file
2) html file to other homepage
3) different location within a html file (use anchor) - biasanya maklumat terletak dalam satu mukasurat tapi kedudukan berbeza iaitu mungkin di atas atau di bawah.
4) html to email -

Dr Zaidatun terangkan bagaimana nak buat pengurusan fail dengan lebih sistematik. Tujuannya adalah supaya jika ada perubahan, mudah dilaksanakan dan jika ada org lain yang ingin lakukan perubahan (admin baru) ... proses pemahaman akan jadi lebih mudah.

Fail html utama bagi setiap folder perlu dinamakan sebagai index, main atau default.
Hyperlink page perlu dibuat berhati-hati mengikut di mana kedudukan fail tersebut bagi mengelakkan komplikasi kedudukan fail. Terutama jika nama fail diubah, hyperlink akan terganggu. Maka link perlu dibuat semula.
Jangan ubah nama fail pada window explorer... krn akan menyebabkan broken link.
Lakukan pada site yang terdapat pada dreamweaver.

Gunakan hotspot untuk buat hyperlink, sesuatu yg menarik kerana kita boleh pilih bahagian mana yang boleh di link atau tidak boleh.

Kemudian, kami juga di ajar cara untuk menggunakan site. Untuk akt hari ini, kami hanya gunakan site yg sedia ada dalam Dreamweaver.

Static webpage - boleh disimpan di mana-mana dalam storan komputer
Dynamic page - mesti save dalam testing server seperti ISS Inetpub
                           jika guna fail asp - ISS - MSAccess related to Windows
                           jika guna fail php - Apache - MySQL related to Linux or Unix

Kemudian, Dr Zaidatun berikan beberapa handout tentang ASP dan PHP.  Ambik masa juga nak memahamkan kedua coding ni. Setelah dibaca dan dikaji... rasanya lebih mudah guna PHP untuk membangunkan web site. Kata Dr Zaidatun... PHP lebih mudah untuk dikendalikan... Next week baru nak belahar kedua bahasa coding ini... excited tu...

Hari Isnin, gi PSZ... nak cari buka tentang Dreamweaver dan PHP... PHP tak jumpa... tapi buku Dreamweaver dah jumpa... harap dalam masa sebulan ni, dapatlah memantapkan ilmu Dreamweaver...


Halizah my best partner ada bagi sedikit maklumat tentang XAMP dan PHP.
Posted: 27 Feb 2012 05:21 PM PST
Jika anda ingin belajar PHP, cara paling mudah untuk bermula adalah dengan memasang XAMPP. XAMPP merupakan pakej Apache beserta komponen seperti MySQL dan PHP. Biasanya anda perlu memasang komponen-komponen tersebut satu-persatu, namun dengan XAMPP semuanya tersedia dengan satu pemasangan sahaja.
Dengan XAMPP, anda juga boleh memasang WordPress, Joomla, ataupun Drupal pada komputer anda. Ia berguna jika anda ingin menguji laman web pada komputer anda terlebih dahulu sebelum melancarkannya pada URL yang sebenar di Internet. 
Hanya muat-turun XAMPP (pilih Installer) dan pasang seperti biasa. Apabila siap dipasang, mulakan XAMPP Control Panel dan tekan butang Start pada Apache dan MySQL untuk memulakan pelayan Apache anda.
Buka pelayar web anda dan pergi ke http://localhost. Ta-da! Anda akan dipersembahkan dengan laman web XAMPP yang telah tersedia.
Segala fail laman web terletak dalam folder xampp/htdocs. Anda boleh membuang fail-fail ini dan menggantikannya dengan pemasangan WordPress, Joomla, Drupal dan sebagainya.
Sebagai contoh, jika anda ingin memasang WordPress pada pelayan komputer anda, muat-turun WordPress dan extract ia ke dalam folder htdocs. Kemudian anda sudah boleh memulakan pemasangan WordPress di http://localhost/wordpress.

Terdapat banyak sumber untuk belajar PHP dan MySQL seperti w3schools dan tizag.
Lepas ni nak kena explore banyak lagi... semakin seronok pula belajar Authoring System... harap ilmu ini dapat dimanfaatkan selagi hayat dikandung badan.

Next week kami akan belajar cara nak masukkan audio dalam dreamweaver, coding ASP dan PHP serta menginstallkan IIS di dalam lap top sendiri sebagai server... 
Jumpa next week.

No comments:

Post a Comment