Salam...
Hari ini penuh haru biru... belajar sangat banyak hingga akhirnya pening...
Dr Zaidatun memulakan kelas dengan mengajar kami cara-cara:
Aktiviti 1 : menginstallkan IIS di dalam lap top masing-masing... Alhamdulillah berjaya.
Aktiviti 2 : Kemudian kami di ajar membina site untuk website di dalam DW... Alhamdulillah berjaya juga.
Aktiviti 3 : Membina pangkalan data di dalam Ms Access... Masih berjaya... Alhamdulillah
Aktiviti 4 : Setup the connection between ASP pages and Database from Access.... Aduh...ralat mula hadir...
Tak berjaya buat... macam mana ni...dah dekat 10 kali buat, errornya tetap sama...
Aktiviti 5 : Setup the Contact form- kami dikehendaki membina satu fail input ASP VBScript untuk memasukkan maklumat di dalam pangkalan data (input.asp) dan bina satu lagi fail output untuk memanggil semula data yang telah disimpan di dalam pangkalan data (output.asp).
Buat form tiada masalah... masalah hadir bila nak ambil semula data pengguna . Langkah 4 tidak dapat diikuti.. maka kita study sendiri
(Jumaat, Sabtu dan Ahad)
Beberapa hari menghadap perkara yang sama... masih tak berjaya.
Isnin, 19 Mac 2012
Cuba jumpa dengan En Ali... Juru Teknik di Makmal Interaktif...
Menurut En Ali, Windows XP adalah OS yang paling sesuai untuk DW CSS3. Kalau guna Windows 7 Home Premium... memang ada masalah... Oh sedihnya... Tak kan nak format lap top jadi Windows XP pula...
So, guna plan B... Esok nak bawa lap top lama... format jadi Windows XP Pro... Harap lap top tu masih boleh digunakan walau pun baterinya dah tak boleh menyimpan tenaga... Oh Allah... Bantulah hambamu ini...
Hari ini Selasa 20 Mac 2012
Pagi-pagi lagi saya dan Fadlee dah ke Dewan Jubli Intan Kota Tinggi untuk mendengar taklimat sebagai Kerani Pengundi. Ikut tentatif, taklimat akan tamat pada jam 430 petang. Di sekolah tadi sempat jumpa Encik Jasni untuk pinjam lap top sekolah... Alhamdulillah... sebagai guru sains dan matematik, kami dibenarkan pinjam lap top sekolah...Atas permintaan saya, Cikgu Jasni yang baik itu telah memformatkan satu lap top supaya OSnya menjadi Windows XP Pro... Kemudian pada jam 300 petang beliau telah hantarkan lap top itu pada saya untuk diinstallkan pula dengan DW CSS3.Tepat jam 1624, taklimat SPR selesai... Tadi sempat janji dengan Fadlee dan Halizah untuk jumpa di MC Donalds... So, kami terus ke sana... Buka lap top dan install... Ambik masa dua jam juga... Adik McD tu tengok je... sorry lah dik... kami ke sini sebab nak aircond and wifi je... sampai lupa nak order apa-apa... Jam 1803... bergegas pulang... Alhamdulillah... siap installl semuanya. Tak try pun boleh guna atau tidak...
Lepas maghrib... on lap top semula... cuba ikut setiap arahan yang ada dalam nota Dr Zaidatun... Ya Allah... Berjaya... Alhamdulillah...Senyum sampai telinga... Akhirnya... dapat juga selesaikan masalah ini... Thanks cikgu Jas... Sebab cd Win XP cikgu amat berguna... Thanks Fadlee... walaupun tadi penat dgr taklimat... terus hilang semua kepenatan itu... Ini buktinya...
Interface untuk input.asp
Data dimasukkan oleh pengguna
Alhamdulillah... dengan izinnya berjaya juga. Tenang sedikit setelah assignment ini selesai disiapkan.
Be patient my fren!! InsyaAllah we'll solve the problem and work together!!
ReplyDeleteThanks SpeEd Kota Jaya... I hope everything is under control.
ReplyDeletecaiyok2 kak...sama2 berusaha....yana xsiap lg huhu
ReplyDeleteYana... kami bertiga (Fadlee, Masni & Halizah) tak lalu makan selagi tak siap assignment ni... Muka Dr Zaida ada di mana-mana... Alhamdulillah akhirnya berjaya...
ReplyDeleteYaaaa betullll.. aku x lena tidur.. kalo x siap sure akan masuk dlm mimpi..kire nightmare laaa.. ~teringat zaman degree dolu sokmo mimpi coding kalo keje x settle lg.. bangun je terus buat mmg dpt!
Delete